AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) SEDIA BERKERJASAMA MENAIKKAN TARAF PENDAPATAN ASNAF

ALOR SETAR, KEDAH 12 DISEMBER 2017: Amanah Ikhtiar Malaysia hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang kerjasama yang boleh digerakkan antara kedua-dua organisasi ini. Wakil dari AIM dihadiri oleh Puan Rohana binti Abdul Rahman, Pengurus Unit Infaq dan juga Encik Hasshafayusri bin Shaikh Hussin, Pegawai Eksekutif Unit Infaq.

Aktiviti AIM tahun ini bersama LZNK adalah Usahawan Berzakat. Aktiviti ini telah lama bermula sejak tahun 2015 dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Dalam kunjungan ini juga, AIM dan LZNK turut berbincang mengenai perancangan pada masa akan datang antara kedua-dua pihak ini. LZNK berharap kunjungan ini dapat memberi galakan kerjasama yang lebih luas antara AIM dan LZNK.

-zakat kedah-

-350 tahun seruan berzakat-

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

Leave a comment