AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) SEDIA BERKERJASAMA MENAIKKAN TARAF PENDAPATAN ASNAF

ALOR SETAR, KEDAH 12 DISEMBER 2017: Amanah Ikhtiar Malaysia hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang kerjasama yang boleh digerakkan antara kedua-dua organisasi ini. Wakil dari AIM dihadiri oleh Puan Rohana binti Abdul Rahman, Pengurus Unit Infaq dan juga Encik Hasshafayusri bin Shaikh Hussin, Pegawai Eksekutif Unit Infaq.

Aktiviti AIM tahun ini bersama LZNK adalah Usahawan Berzakat. Aktiviti ini telah lama bermula sejak tahun 2015 dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Dalam kunjungan ini juga, AIM dan LZNK turut berbincang mengenai perancangan pada masa akan datang antara kedua-dua pihak ini. LZNK berharap kunjungan ini dapat memberi galakan kerjasama yang lebih luas antara AIM dan LZNK.

-zakat kedah-

-350 tahun seruan berzakat-

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

ANGKASA BERSAMA-SAMA JAYAKAN SIRI JELAJAH ASNAF

ALOR SETAR, KEDAH 11 DISEMBER 2017: Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat-syarikat korporat yang telah menyertai Program Jelajah Asnaf Bersama Syarikat Korporat sempena sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di Negeri Kedah pada 29 November lalu. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan terima kasih atas kesudian syarikat-syarikat ini menyertai program yg telah dianjurkan.

Penghargaan ini telah diserahkan oleh wakil dari Jabatan Pengurusan Zakat Korporat LZNK kepada Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah yang diwakili oleh Tuan Haji Wan Ibrahim Bin Wan Jusoh.

Pihak LZNK berharap agar lebih banyak program konvoi jelajah disertai oleh lebih banyak syarikat-syarikat korporat.

-zakat kedah-

-350 tahun seruan berzakat-

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

ZAKAT KEDAH HULUR PENGHARGAAN KEPADA SBO MANAGEMENT SERVICES

ALOR SETAR, KEDAH 11 DISEMBER 2017: Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat-syarikat korporat yang telah menyertai Program Jelajah Asnaf Bersama Syarikat Korporat sempena sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di Negeri Kedah pada 29 November lalu. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan terima kasih atas kesudian syarikat-syarikat ini menyertai program yg telah dianjurkan.

Penghargaan ini telah diserahkan oleh wakil dari Jabatan Pengurusan Zakat Korporat LZNK kepada SBO Management Services yang diwakili oleh Puan Safinah binti Omar.

Pihak LZNK berharap agar lebih banyak program konvoi jelajah disertai oleh lebih banyak syarikat-syarikat korporat

-zakat kedah-

-350 tahun seruan berzakat-

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH RAI KUNJUNGAN DARI LZNK

ALOR SETAR, KEDAH 11 DISEMBER 2017: Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat-syarikat korporat yang telah menyertai Program Jelajah Asnaf Bersama Syarikat Korporat sempena sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di Negeri Kedah pada 29 November lalu. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan terima kasih atas kesudian syarikat-syarikat ini menyertai program yg telah dianjurkan.

Penghargaan ini telah diserahkan oleh wakil dari Jabatan Pengurusan Zakat Korporat LZNK kepada Yayasan Islam Negeri Kedah yang diwakili oleh Encik Fakrul Razi bin Mihat ,Ketua Jabatan Korporat Yayasan Islam Negeri Kedah.

Pihak LZNK berharap agar lebih banyak program konvoi jelajah disertai oleh lebih banyak syarikat-syarikat korporat

-zakat kedah-

-350 tahun seruan berzakat-

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

ZAKAT KEDAH MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT

ALOR SETAR, KEDAH 10 DISEMBER 2017: Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat-syarikat korporat yang telah menyertai Program Jelajah Asnaf Bersama Syarikat Korporat sempena sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di Negeri Kedah pada 29 November lalu. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan terima kasih atas kesudian syarikat-syarikat ini menyertai program yg telah dianjurkan.

Antara syarikat-syarikat korporat yang terlibat adalah CIDB Negeri Kedah, Adilla Salleh & Associates, Faris Tax & Management Consultant dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Sungai. Penghargaan ini telah diserahkan oleh wakil dari Jabatan Pengurusan Zakat Korporat LZNK.

Pihak JPZK, LZNK berharap agar lebih banyak program konvoi jelajah disertai oleh lebih banyak syarikat-syarikat korporat

*TEMUI ASNAF, HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

*1800 88 1740*

Sebarkan.

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SILATURAHIM D-11 (MADA) TERIMA RM 29,189.10

ALOR SETAR, KEDAH 21 NOVEMBER 2017 : Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan Balik telah berlangsung pada hari ini di Dewan TH Hotel & Convention Centre yang melibatkan syarikat korporat gergasi di Kedah.

Di dalam majlis tersebut, Tuan Haji Abdul Malik bin Omar mewakili syarikat Pertubuhan Peladang Kawasan Silaturahim D-11 (MADA) telah menerima agihan balik berjumlah RM 29,189.10.

Majlis disempurnakan oleh Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

-zakat kedah-

FELDA GLOBAL VENTURE HOLDINGS TERIMA AGIHAN BALIK DIBAWAH SKIM WAKALAH

ALOR SETAR, KEDAH 21 NOVEMBER 2017 : Felda Global Venture Holdings telah menerima agihan balik 3/8 di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan Balik yang diadakan di Dewan TH Hotel & Convention Centre.

Syarikat Korporat itu menerima agihan balik sebanyak RM 65,190.38 yang diserahkan oleh Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK kepada En. Mohd Najid Yahya wakil Felda Global Venture Holding.

-zakat kedah-

ZAKAT MEMBAWA KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN KOPERASI

ALOR SETAR, KEDAH 15 NOVEMBAR 2017 : Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama 40 buah koperasi sekolah telibat dalam Bengkel Bicara Zakat anjuran ANGKASA bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani.

Ustaz Suraidi bin Md Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat LZNK menekankan aspek keberkatan berzakat bagi koperasi sekolah, ke mana wang zakat mengalir, kaedah pengiraan zakat koperasi, dan taksiran terus kepada koperasi melalui taklimatnya.

Turut bersama En Mohd Fazeli Rosly, Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA, Tn. Haji Wan Ibrahim bin Wan Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Kedah dan Tn. Haji Mohd Hanizan Zalazilah, Wakil Pengerusi ANGKASA Kedah selaku wakil perasmian majlis tersebut.

-zakat kedah-

PERTEMUAN DUA HALA ZAKAT KEDAH BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL

ALOR SETAR,KEDAH 13 NOVEMBER 2017 :

BSN menunjukkan komited memberi perhatian terhadap penglibatan mereka dalam membantu masyarakat melalui tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pertemuan dua hala antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan Bank Simpanan Nasional telah berlangsung di Bank Simpanan Nasional, Alor Setar.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik di antara LZNK dan BSN bagi memperoleh faedah jangka panjang antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan strategik yang ingin dijalinkan tetapi membuka dimensi baharu dari perspektif penetapan pembayaran zakat oleh kakitangan BSN dan juga memperkenalkan sistem Wakalah (agihan balik) kepada pihak BSN.

Hasil pertemuan ini, pihak BSN telah menjemput LZNK untuk mengadakan Taklimat Zakat Pendapatan kepada kakitangan BSN yang dijangka berlangsung pada 29 November 2017 di pejabat BSN Alor Setar, Kedah.

-zakat kedah-