PERTEMUAN DUA HALA ZAKAT KEDAH BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL

ALOR SETAR,KEDAH 13 NOVEMBER 2017 :

BSN menunjukkan komited memberi perhatian terhadap penglibatan mereka dalam membantu masyarakat melalui tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pertemuan dua hala antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan Bank Simpanan Nasional telah berlangsung di Bank Simpanan Nasional, Alor Setar.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik di antara LZNK dan BSN bagi memperoleh faedah jangka panjang antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan strategik yang ingin dijalinkan tetapi membuka dimensi baharu dari perspektif penetapan pembayaran zakat oleh kakitangan BSN dan juga memperkenalkan sistem Wakalah (agihan balik) kepada pihak BSN.

Hasil pertemuan ini, pihak BSN telah menjemput LZNK untuk mengadakan Taklimat Zakat Pendapatan kepada kakitangan BSN yang dijangka berlangsung pada 29 November 2017 di pejabat BSN Alor Setar, Kedah.

-zakat kedah-

Leave a comment